
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan pelbagai bentuk inisiatif untuk manfaat penjawat awam.
Salah-satunya adalah projek Rumah Rimbun Harapan, projek perumahan penjawat awam yang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dengan kerjasama De Four Development Sdn Bhd.
Terletak di Bandar Ainsdale, projek ini melibatkan tanah berkeluasan 18 hektar dengan jumlah Nilai Pembangunan (GDV) RM64 juta.
Projek perumahan ini dilaksanakan bagi membantu penjawat awam yang belum memiliki kediaman sendiri terutamanya daripada kumpulan pelaksana Gred 40 dan kebawah.
Seramai 349 penjawat awam telah menerima kunci bagi rumah masing-masing pada 2 April 2022 lalu.
Projek ini mempunyai 2 jenis rumah yang berharga RM90,000.00 dan RM250,000.00 serta dilengkapi dengan kemudahan seperti surau dan dewan orang ramai.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan