
Bakri ( empat dari kiri ) pada majlis perasmian Laman Minda Sihat SMK DUMA.
Perasmian Laman Minda Sihat Sek. Men. Keb. Dato Undang Musa Al Haj.
Laman Minda Sihat ini dibina bertujuan bagi kemudahan pelajar beriadah meluangkan masa menjalankan pelbagai aktiviti sihat dan pada masa yang sama dapat mengurangkan tekanan emosi pelajar.
Terdapat sudut permainan, bacaan dan kolam air pancut yang menyegarkan suasana.
Di dalam ucapan saya , saya berpesan agar guru – guru dan pelajar dapat memberi fokus di dalam urusan kehidupan dan akhirat.
Saya menyebut 7 amalan baik Stephen Covey yang salah satunya “begins with the end in mind” yang mana maksud nya kita hendaklah merancang ke hadapan apa yg ingin kita capai dengan membuat persediaan daripada sekarang.
Bagi menjayakan tujuan Laman Minda Sihat ini saya telah menyumbang sejumlah RM5 ribu ringgit. Semoga dengan adanya Laman Minda ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru-guru dan pelajar SMKDUMA Kuala Klawang. Perasmian telah saya jalankan bersama Pengetua En. Norazman dan guru-guru kanan SMKDUMA. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat
Facebook Haji Bakri Sawir
