
Dalam pertemuan pertama saya bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang lalu, saya telah memohon peruntukan bagi pembinaan 5 buah masjid di seluruh negeri.
Beliau telah bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM31.8 juta bagi pembinaan masjid-masjid tersebut iaitu:
• Masjid Terapung Port Dickson
• Masjid Ulu Beranang
• Masjid Kariah Talang Tengah
• Masjid Tunku Munawir Seri Menanti
• Masjid Bongek
Mewakili Kerajaan Negeri Sembilan, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas keprihatinan beliau.
Semoga dengan pembinaan masjid-masjid ini, nur Islam terus bersinar di Negeri Sembilan, Insya-Allah.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan