
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, mulai hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook beliau, Perdana Menteri turut mendoakan semoga usaha dan kegigihan calon SPM 2022 akan memberikan kejayaan yang bermakna.
Turut mengucapkan selamat maju , Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun yang berharap calon Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 2022 beroleh kejayaan dalam peperiksaan itu nanti.
” Selamat menduduki SPM dan semoga beroleh kejayaan ,” katanya menerusi Facebook rasmi beliau.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan SPM 2022 dilaksana dari 30 Januari hingga 15 Mac depan membabitkan ujian amali sains, ujian bertutur, ujian mendengar dan peperiksaan bertulis.
Kenyataan itu menyebut seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis yang diadakan antara 20 Februari hingga 15 Mac.
Menurut KPM, seramai 131,318 petugas dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu manakala sebanyak 3,355 pusat disediakan di seluruh negara.