
Jika sebut Senawang, ramai yang sudah faham situasi kesesakan jalan raya yang semakin meruncing.
Jadi adalah sangat wajar kerajaan Negeri memasukkan Projek Pembinaan Jalan Baharu dari Kem Senawang ke Taman Bandar Senawang sebagai salah satu projek berimpak tinggi dengan anggaran kos RM 8 Juta.
Ia bukan sahaja menjimatkan masa perjalanan bahkan seadanya mengurangkan kesesakan di jalan sedia ada.
Semoga pembinaan jalan ini dapat membantu ramai penduduk khususnya di kawasan Senawang.