
Dalam belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim , Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM160 juta bagi membina sebuah jambatan yang menghubungkan Bukit Pelanduk, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang.
Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik pengumuman tersebut kerana jambatan merentasi Sungai Sepang dilihat mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan juga pelancongan bagi kedua-dua negeri terutamanya di kawasan tersebut.
Pembinaan tersebut juga boleh memendekkan jarak perjalanan daripada Port Dickson ke Klang yang pastinya akan memberi impak positif terhadap pelbagai sektor.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan