
Menyampaikan Insentif Kemenangan Sukan Sea Ke-31 Vietnam 2021 dan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20, MSN 2022 pada petang tadi.
Seramai 9 orang atlet Negeri Sembilan mewakili negara dan memenangi pingat di Sukan SEA Ke-31, Vietnam dan seramai 146 orang pengurus, jurulatih dan atlet menerima insentif kemenangan di SUKMA Ke-20.
Sejumlah RM334,600 dianugerahkan kepada para pemenang pingat di kedua-dua temasya sukan.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri turut bersetuju menaikkan kadar insentif kepada pemenang pingat SUKMA kerana sasaran 15 pingat emas yang ditetapkan berjaya dicapai.
Kontinjen Negeri Sembilan berjaya memperoleh 19 pingat emas, 6 perak dan 27 gangsa dalam temasya sukan tersebut
.Insentif ini bertujuan untuk meningkatkan dan menggalakkan serta memberi motivasi kepada atlet-atlet Negeri Sembilan yang mewakili negara dalam temasya sukan peringkat antarabangsa yang diiktiraf badan induk sukan di Malaysia.
Besarlah harapan saya agar atlet-atlet di Negeri Sembilan dapat terus mencipta kemenangan yang lebih besar di masa akan datang dan seterusnya memajukan pembangunan sukan negeri ke landasan yang lebih tinggi.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan