
Tahniah para graduan!
Seramai 580 orang graduan telah menerima skrol dalam Majlis Konvokesyen Kolej Yayasan Negeri Sembilan Ke 9 di Royal Chulan, Seremban.
Sejak 2018, KYNS merupakan institusi pendidikan yang cukup dekat di hati sanubari dan keprihatinan utama saya.
Selepas mendapatkan laporan status Kolej ini dalam semua perkara, saya dapati keadaan bangunan, kemudahan pembelajaran, kemudahan penginapan pelajar berada dalam situasi yang sangat dhaif dan menyedihkan.
Perkara in benar-benar menyentuh hati saya.
Justeru Kerajaan Negeri telah meluluskan RM10 juta ringgit untuk pembinaan bangunan baharu di Kampus Gentam, Kuala Pilah dan telah disiapkan serta diserahkan kepada pentadbiran Kolej pada 25 Mei 2022.
Setelah bangunan siap, Kerajaan Negeri seterusnya meluluskan peruntukan sebanyak RM2.9 juta lagi untuk menaiktaraf kemudahan penginapan pelajar dan kelengkapan pembelajaran yang sewajarnya.
Saya sangat berharap agar penambahbaikan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar serta menjadi pencetus dan pendorong yang berterusan kepada mereka untuk meningkatkan kecemerlangan diri sama ada dari segi sahsiah, ilmu dan kompetensi diri masing-masing.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan