
Tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) yang menerima penarafan 5 bintang dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2022 daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
MDKP berada di kedudukan nombor 39 terbaik daripada 153 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan di kedudukan nombor 6 bagi majlis daerah seluruh negara serta tempat pertama bagi PBT di Negeri Sembilan.
Majlis tersebut turut menerima anugerah PBT Terbaik Daerah (Kriteria Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk) dalam sistem penarafan yang sama.
Tahniah saya ucapkan kepada MDKP atas anugerah yang sangat-sangat membanggakan ini!
Semoga penganugerahan ini menjadi pembakar semangat untuk PBT-PBT lain memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat Negeri Sembilan, Insya-Allah.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan