
Sebenarnya jika kita mahu diagung-agungkan warga maya, tidak perlu pun buat bahan berunsur fitnah apatah lagi mencarut sebagainya.
JIka tidak puas hati dengan kerajaan, kot memang geram sangatlah, buatlah kandungan yang membina , biarpun akan menyebabkan rating anda tidak naik mencanak , setidak -tidaknya anda bukan termasuk dalam golongan yang harus berdiri lama dipintu syurga nanti.
Dalam isu permasalahan rakyat contohnya, jika kita mahu menjadi hero apabila mengangkat sesuatu isu biarlah ia berfakta bukannya main ceduk dalam kelimbahan.
Jadi, auraafm tidak akan menyiarkan video tidak berpuas hati dengan kemudahan pejalan kaki yang didakwa tidak diselenggara dengan baik berhampiran stesen KTM di Bahau kerana video itu lari daripada norma dan adab orang Melayu apatah lagi ketika kita sedang berpuasa.
Berikut adalah kenyataan media Majlis Perbandaran Jempol ( MPJL ) berhubung video tular berkenaan:-
KENYATAAN MEDIA
ISU TULAR DAKWAAN LALUAN PEJALAN KAKI YANG SERING DIGUNAKAN
OLEH PELAJAR SEKOLAH, WARGA OKU DAN ORANG AWAM TIDAK
DISELENGGARA.
Pihak Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) menafikan dakwaan oleh pemilik akaun
pakciksakau yang menyatakan laluan yang dinyatakan sering digunakan oleh pelajar,
Warga OKU serta orang awam terbiar tanpa penyelenggaraan.
Lokasi tersebut menjadi kurang tumpuan serta bukan lagi menjadi laluan utama pejalan kaki selepas
pemindahan Stesen Keretapi Bahau ke satu lokasi baharu yang berhampiran.
Pihak MPJL telah memohon peruntukan pada awal tahun 2023 kepada Kementerian
Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memandangkan terdapat beberapa
keutamaan semasa yang harus didahului bagi memberi manfaat secara langsung
kepada pengguna dan masyarakat setempat.
Untuk rekod, bagi tahun 2022 sebanyak RM 2.913 juta telah diterima daripada
Kerajaan Persekutuan manakala RM 21.340 juta diterima daripada Kerajaan
Negeri yang memberi fokus utama dalam menyelesaikan isu permasalahan rakyat
secara langsung diantaranya projek berkaitan tebatan banjir, penempatan semula
penjaja, penstabilan dan pengukuhan cerun dan projek-projek melibatkan jalan serta
longkang yang sering digunakan oleh rakyat.
Pihak MPJL merakamkan ucapan terima kasih diatas keprihatinan warga maya dalam
menyalurkan aduan seumpama ini dan haruslah mengikuti norma adab budaya
Malaysia serta menjadi contoh kepada generasi yang akan datang.
Terima kasih.
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Jempol
28 Mac 2023