
Majlis Daerah Jelebu sedang dalam proses pemasangan kamera litar tertutup ( CCTV ) di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat pembuangan sampah secara haram.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berlakunya kejadian pembuangan sampah haram di tempat awam boleh menyalurkan maklumat berkenaan kepada Unit Aduan Awam di talian 06-6136132.
Pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 47(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ( Akta 133) dengan dikenakan denda RM500.00 jika didapati bersalah dan sabitan kali kedua dan seterusnya tidak melebihi RM1,000.00.
Facebook Majlis Daerah Jelebu