
Negeri Sembilan mengorak langkah yang membanggakan apabila menjadi negeri pertama yang menubuhkan Hab STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics).
Hab 1 Stop Center yang terletak di Sektor Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Port Dickson ini dijangka dapat mendorong minat para pelajar untuk menerokai bidang STEM.
Untuk makluman, sebanyak 7 buah sekolah terlibat dalam pengoperasian hab ini iaitu:
i. SMK Datuk Haji Abdul Samad
ii. SMK Kampung Baru Si Rusa
iii. SMK Panchor
iv. SMK Pendeta Za’ba
v. SK King George V
vi. SK Intan Perdana
vii. SK Telok Kemang
Saya amat berharap agar pelaksanaan inisiatif ini dapat merealisasikan sasaran 60% pelajar aliran STEM tercapai, Insya-Allah.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan