
Menyampaikan insentif Kerajaan Negeri kepada Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) dan Majlis Daerah Jelebu (MDJ) yang baru-baru ini diumumkan sebagai Bandar Paling Bahagia dan Bandar Keluarga Bahagia hasil Kajian Indeks Kebahagiaan 2022 oleh PLANMalaysia.
Pencapaian membanggakan ini merupakan hasil kesungguhan Kerajaan Negeri memastikan kemudahan perbandaran yang berkualiti tinggi supaya berdaya huni dan bahagia untuk didiami.
Tahniah kepada semua pihak yang telah menjalankan amanah dengan bersungguh-sungguh.
Semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat buat semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan, Insya-Allah.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan