
Melihat kepada kejayaan program jualan Nismilan Prihatin, Kerajaan Negeri bersetuju untuk meneruskan program tersebut pada tahun ini.
Program ini menawarkan barangan keperluan seperti ikan ayam minyak masak paket dan telur dengan harga 20 hingga 30 peratus lebih murah dari pasaran.
Dijalankan di 7 lokasi dalam Negeri Sembilan setiap hari Jumaat, jualan bermula jam 8.30 pagi hingga stok masih ada.Lokasi bagi program ini berubah-rubah setiap minggu dan boleh didapati melalui pautan berikut
https://bit.ly/NismilanPrihatin
https://bit.ly/NismilanPrihatin
Hasrat Kerajaan Negeri dengan penganjuran program ini adalah untuk membantu rakyat khususnya yang terbeban dengan kenaikan harga barang.
Besarlah Harapan saya agar rakyat Negeri Sembilan dapat memanfaatkan program ini dan mendapatkan barang keperluan dengan harga yang lebih murah dari pasaran Insya-Allah.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan