
Sejak tahun tahun 2018, Kerajaan Negeri Sembilan tetap komited dalam membangunkan Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS) sebagai institusi TVET yang ulung.
Pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan bagi memastikan KYNS berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama institusi lain.
Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan RM10 juta untuk membangunkan kampus baharu KYNS di Gentam, Kuala Pilah manakala peruntukan tambahan berjumlah RM2.9 juta pula disalurkan bagi melengkapkan kemudahan pembelajaran dan menambahbaik kemudahan penginapan pelajar.
Dalam belanjawan 2023, Kerajaan Negeri sekali lagi memperuntukkan sejumlah dana bagi menambahbaik institusi tersebut.
Peruntukan berjumlah RM13 juta disalurkan bagi membina sebuah dewan serbaguna, kafe, menaiktaraf asrama dan kemudahan peralatan lain.
Besarlah harapan saya agar penambahbaikan ini dapat membantu KYNS menghasilkan graduan TVET berkualiti tinggi terutamanya daripada kalangan B40 dan miskin tegar dan seterusnya merubah nasib hidup mereka dan keluarga.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan