
Negeri Sembilan terus menjadi destinasi para pelabur.
Majlis Pecah Tanah Tapak Perusahaan Syarikat Mahsuri Food Sdn Bhd di Enstek diadakan baru – baru ini.
Majlis ini menandakan langkah awal bagi pelaburan berjumlah RM250 juta yang akan dilakukan oleh Syarikat Mahsuri Food Sdn Bhd di negeri ini.
Pemilihan Negeri Sembilan sebagai lokasi tapak perusahaan ini bukan tanpa alasan.
Lokasinya yang strategik dan dekat dengan Port Klang serta Kuala Lumpur International Airport (KLIA) memberikan kelebihan logistik yang besar kepada Syarikat Mahsuri Food Sdn Bhd dan juga pelabur-pelabur lain.
Dengan akses yang mudah ke pelabuhan dan lapangan terbang, syarikat ini akan dapat memperluas lagi pasaran eksportnya dan memenuhi permintaan global untuk produk makanan halal berkualiti.
Pelaburan ini juga pasti akan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan Negeri Sembilan, seterusnya membolehkan perkembangan ekonomi dan sosial yang lebih rancak di kawasan ini.
Mewakili Kerajaan Negeri, saya mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Mahsuri Food Sdn Bhd yang memilih Negeri Sembilan sebagai destinasi pelaburan mereka.
Semoga Negeri Sembilan terus menjadi destinasi pilihan buat para pelabur dalam dan luar negara, Insya-Allah.
Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan