Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Pertang wujud sejak 1959 dan terus kekal antara kawasan DUN di Negeri Sembilan sehingga hari ini.
Sehingga kini, tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) sudah dipilih menjadi wakil rakyat di kawasan DUN Pertang dan YB Noor Azmi Yusof dari BN adalah ADUN ke-7 dipilih selepas memenangi kerusi DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.
Noor Azmi memperoleh 4,008 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat , Osman Dusa yang mendapat 3,593 undi dan PAS, Hamran Abu Hasan yang menerima hanya 578 undi sekaligus hilang deposit.
Majoriti undi diterima Noor Azmi sebanyak 415 undi membolehkan beliau diisytiharkan menang kerusi DUN Pertang.
Berdasarkan majoriti diterima ADUN daripada BN itu, adalah tidak mustahil DUN Pertang bakal menyaksikan perubahan pemilik kerusi apatah lagi Penyelaras DUN Pertang, Zainal Fikri Abd Kadir ketika ini dilihat bersungguh – sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan.
Pasti Kita Punya